Sempena cuti Hari Malaysia selama dua hari yang diberikan oleh kerajaan, aku luangkan sedikit masa dengan berjogging di petang 15 September 2025 di KLCC Park. Tujuan asal adalah menantikan keindahan Menara Berkembar Petronas bergemerlapan dengan cahaya neon di waktu malam.
KLCC Park ni amat sesuai bagi yang beragama Islam untuk beriadah, ini kerana bersebelahannya terdapat Masjid Asy-Syakirin yang indah dan damai untuk menunaikan kewajipan seorang Muslim.
0 Comments