Ads

Peluang Liverpool menjuarai trofi EPL buat pertama kali



Musim ini menunjukkan Liverpool berpeluang menjuarai trofi EPL buat kali pertama dalam masa 30 tahun, setelah kali terakhir mejuarai liga pada tahun 1990. Dan Liverpool merupakan satu-satunya pasukan "Big Four" yang masih gagal menjuarai English Premier League".

Keyakinan mereka dikuatkan lagi setelah menewaskan pencabar yang juga penyandang juara, iaitu Manchester City pada perlawanan ke 12 Sabtu lalu.

City turun dalam keadaan tertekan untuk merapatkan jarak mata kepada tiga point, namun sebaliknya mereka terus ketinggalan sembilan mata setelah perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-1 buat pasukan Liverpool. Kedudukan ini pastinya memberikan tamparan hebat buat Pep Guardiola untuk mempertahankan kejuaraan meraka buat kali ke tiga berturut-turut.

Namun begitu, pasukan Liverpool jangan terlalu dibuai rasa keyakinan yang boleh meruntuhkan impian mereka melihat pasukan mereka menjuari Liga Perdana English buat kali pertama.


Post a Comment

0 Comments