Ads

Fungsi-fungsi masjid yang dinamik


Lebih kurang sepuluh hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan dan mula berpuasa yang dijangkan pada 6 May 2019. Masjid-masjid pastinya menjadi tumpuan umat Islam yang pastinya berduyun-duyun ke masjid bagi melakukan ibadah.

Terdapat beberapa masjid yang sememangnya saban tahun akan menyediakan juadah berbuka serta bersahur untuk umat Islam dengan dana masjid.  Sememangnya kebanyakan masjid mempunyai kutipan derma dan sumbangan orang ramai yang banyak setiap minggu.

Sumbangan orang ramai ini seharusnya dibelanjakan bagi membantu kariah setempat, seperti mereka yang memerlukan makanan dan lain-lain keperluan mendesak.

Berdasarkan keperluan dan perkembangan semasa, pihak masjid seharusnya diuruskan secara profesional dari kalangan mereka yang berkelayakan. Orang yang diberikan amanah seharusnya tahu apa yang perlu dibelanjakan, dan bagaimana dana yang ada digunakan untuk membantu masyarakat setempat selain untuk pengurusan masjid.

Selain itu, masjid juga harus lebih mesra remaja dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu memupuk ukhuwah sesama kariah seperti acara sukan dan lain-lain aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran keselamatan dan seumpamanya.

Pastinya segala aliran tunai dan kewangan sesebuah masjid yang besar dipantau oleh pihak berkenaan seperti jabatan agama setiap negeri.

Moga dengan kedatangan Ramadhan tidak lama lagi akan membawa keberkatan buat kita semua dan persaudaraan sesama kita lebih erat.

Post a Comment

0 Comments