Ads

Spesifikasi Huawei Nova 3i


Huawei Nova 3i adalah lanjutan dari handphone medium range keluaran Huawei Technologies yang memperkenalkan model Nova 2i pada September 2017.

Amat berbaloi bagi anda yang ingin memiliki handphone yang mempunyai ciri-ciri mewah dengan harga di bawah RM1,000. Harga peranti ini di pasaran Malaysia bermula dari RM869 hingga RM1,099.

Model ini dikuasakan oleh Hisilicon Kirin 710 CPU processor dengan 4GB RAM, 128GB internal storage

Paparan skrin juga memuaskan dengan dilengkapi 6.3 inci IPS LCD capacitive skrin sesentuh.

Kamera pula dengan dual kamera 16MP, f/2.2, PDAF + 2MP rear camera.  Sementara bateri pula dilengkapi dengan Li-ion 3340 mAh dengan ketebalan peranti adalah 7.66mm.

Boleh dikatakan, peranti ini amat sesuai bagi anda yang mengutamakan kualiti tetapi masih menitikberatkan tentang harga dalam pembelian telefon bimbit.


Post a Comment

0 Comments